PENGENALAN
Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara di bawah seksyen 11 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang terlibat secara tidak langsung mendukung sistem kehakiman di Negara ini.

PENGUMUMAN

Temuduga Pesuruhjaya Sumpah

Pengambilan Lantikan Baru Pesuruhjaya Sumpah adalah dibekukan sementara sehingga ke suatu pemakluman lain dibuat berkenaan dengannya.

Sebarang pemakluman lanjut akan dibuat melalui pautan ini dan pengunjung adalah dijemput untuk sentiasa menyemak melalui portal ini.